Thursday 5 December 2013

Tutorial Bigshot

Assalamualaikum... hari ni k.ba nak kongsi penggunaan foam n cardboard pd bigshot.. ramai yg tanya k.ba die yg kita beli tu bole ke guna foam @ cardboard... bole.. kalau die sizzix bole guna cardboard n foam (die yg hitam tebal)... kalau Die-namics dan Memory Box xbole guna cardboad tapi bole digunakan pada foam...
 gambar kat bawah ni cardboard.. 
gunting pd size yg dikehendaki
 foam

letakkan 1 keping cardboard di atas die sizzix
 letak pelapik atas dan gelek sekali ke hadapan
 keluarkan dan ini hasilnya
 
 penggunaan foam sama mcm kain felt... kalau utk die sizzix bole letak 4 keping foam yg siap di gunting mengikut size yg dikehendaki... letak pelapik atas dan gelek skali ke hadapan sahaja.. jangan gelek 2 kali sbb foam akan penyek... nanti hasil tidak cantik...
 biasanya pelapik yg kerap kali digunakan akan patah dibahagian tepi.. k.ba tak buang... potong dan masih bole digunakan... seperti gamba rajah dibawah...
 susun atur huruf pd foam bole letak dekat2 .. tak perlu jarakkan jauh.. sekali gelek sahaja dah bole ambik huruf


 ramai yg tanya mcm mn nak jaga bigshot tak nak kasi cepat rosak... sbb bila dah rosak susah sikit nak baiki dan caj sedikit mahal.. caranya pastikan semasa nak gelek... pelapit paling bawah..die.. dan pelapik atas disusun rapi... baru lah digelek.. kalau masa mengelek rasa agak sukar... keluarkan balik betulkan kedudukan pelapit n die.. kalau dipaksa gelek bole menyebabkan bigshot cepat rosak...jika ada kawan2 ingin menggunakan pastikan memberi penerangan secara detail cara penggunaan... agar penggunaan bigshot digunakan secara teratur...

Untuk penjagaan die pula... pastikan masa mengelek huruf jgn btindih antara satu sama lain... apabila btindih, huruf tsebut cepat rosak...

k.ba harap pkongsian k.ba kali ni mendapat sedikit info yg berguna kepada adik2 yg baru berjinak dengan dunia kraf terutama yang baru miliki bigshot... (^__^)

1 comment:

  1. ini membantu kak.. tapi kita belum ada cukup modal nak beli... tapi kan kak .. mana dapat huruf yg keras tu..? heee. kita xtau .. :)

    ReplyDelete